suria

Lelaki Tampar Imam Semasa Solat Jumaat Bukan Dari Arab Tetapi Kashmir

PETALING JAYA: Lelaki yang menampar Imam Masjid Negara ketika menunaikan solat Jumaat mendakwa terdengar suara halus yang menyuruhnya menjadi imam. 

Suspek berusia 31 tahun dari Kashmir, India itu dilaporkan berada di saf kedua ketika Imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim sedang mengimamkan solat pada rakaat pertama.

Semasa sedang membacakan surah, suspek dilapor telah mendekati imam dan menolaknya supaya tidak lagi mengetuai solat Jumaat tersebut.

Tindakan Mohd Zuhairee menepis tangan suspek daripada merampas mikrofon dibajunya menyebabkan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu menamparnya sekali dengan kuat.

Dua daripada jemaah kemudian bertindak keluar daripada saf dan menarik suspek yang masih belum dikenalpasti identiti penuh itu menuju ke pintu pejabat masjid untuk menghalangnya daripada melakukan sesuatu yang lebih buruk.

Kejadian itu turut disedari jemaah lain. Imam Zuhairee kemudiannya terpaksa memulakan solat Jumaat sekali lagi untuk kali kedua.

Selepas itu, terdapat jemaah yang berang bertindak mengepung bilik keselamatan sebelum memukul suspek ketika dia sedang dibawa masuk ke dalam kereta peronda polis yang tiba kemudian selepas selesai solat Jumaat. 

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tun H.S. Lee dan ditahan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

imam, tampar

Artikel Sebelum

Artikel Lain