suria

Malaysia -Indonesia Selesai Masalah Secara Muhibah

JAKARTA: Segala permasalahan antara Malaysia dan Indonesia akan diselesaikan secara muhibah antara pemimpin kedua-dua negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata isu-isu seperti ekonomi, sempadan, jerebu dan pekerja tanpa izin dari negara jiran sentiasa dibincangkan dengan baik antara kedua-dua negara itu.

"Segala permasalahan boleh terungkai, boleh selesai menerusi perbincangan," katanya kepada pemberita di sini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di republik ini pagi tadi untuk lawatan kerja kerja empat hari.

Antara program beliau hari ini ialah mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla di Istana Wakil Presiden.

Indonesia, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain