suria

Protes Perlu Aman Agar Dilindungi Undang-Undang Hak Asasi Manusia - Suhakam

Tan Sri Hasmy Agam
PETALING JAYA: Demonstrasi bantahan dan perhimpunan awam perlu bersifat aman agar dilindungi undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam melahirkan rasa kesal dengan tindakan segelintir peserta yang merempuh sekatan polis dalam usaha mereka untuk memasuki beberapa kawasan larangan di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata penunjuk perasaan sengaja menimbulkan keganasan, dan ia tidak boleh dibiarkan.

Tambahnya, tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka.

"Suruhanjaya menegaskan bahawa sokongan terhadap kebencian kaum atau agama yang merupakan hasutan terhadap pembezaan, permusuhan atau keganasan adalah dilarang oleh undang-undang," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Dalam pada itu, Suhakam memuji keberkesanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengawal keadaan sewaktu berlansungnya 'Himpunan Rakyat Bersatu'.

Katanya, pihaknya mengiktiraf perkembangan positif yang ditunjukkan pihak polis sewaktu mengendali dan mengurus perhimpunan itu yang diadakan di Padang Merbok.


"Ini harus dipuji dan diiktiraf sebagai amalan yang terbaik dan harus kekal konsisten dalam mana-mana perhimpunan aman pada masa hadapan.'

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain