suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Himpun 16 Bukan Untuk Tegak Maruah Melayu - Pak Lah

Tun Abdullah Ahmad Badawi
KUALA LUMPUR: Himpunan Rakyat Bersatu tidak menegakkan maruah Melayu tetapi sebaliknya satu tindakan balas kepada perhimpunan Bersih, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Setakat yang saya tahu, ia tidak seperti itu, tetapi semuanya bermula kerana perhimpunan kuning," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perhimpunan baju merah yang dibuat untuk menegakkan maruah Melayu.

Beliau berkata tidak ada masalah untuk mana-mana kumpulan mengadakan perhimpunan aman tetapi penyokong tidak boleh mengambil jalan keluar dengan keganasan.

"Jika seseorang mahu menunjukkan mereka adalah penyokong baju merah atau kuning...tidak ada masalah.

"Jika mereka mula bergaduh, ia akan membawa implikasi buruk yang lain dan akan memusnahkan nama baik negara ini," katanya.

Abdullah berkata 'nasib baik' tiada insiden besar berlaku semasa perhimpunan pada Rabu.

"Nasib baik tidak ada pertempuran antara kaum," katanya.

Keadaan adalah terkawal di lokasi utama walaupun terdapat kawalan ketat oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan ahli Rela terhadap penyokong di Petaling Street.

Artikel Lain