Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah Hin berkata kemalangan pada pukul 12.50 tengah hari itu melibatkan masing-masing sebuah lori dan van, dua buah buah motosikal dan empat buah kereta.
Beliau berkata yang maut ialah penunggang motosikal Ghazali Man, 67, manakala isterinya yang membonceng cedera parah.
"Kemalangan berlaku apabila sebuah lori membawa simen yang datang dari arah Bayan Lepas menuju ke sini dipercayai mengalami masalah brek menyebabkannya hilang kawalan lalu melanggar kenderaan yang lain itu," katanya.


