suria

Papan Tanda Roboh Punca Jalan Sesak Teruk

Papan tanda yang runtuh menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

KLANG: Sebuah papan tanda di Jalan Meru dekat Batu 4 roboh kira-kira pukul 6 pagi Selasa.

Insiden itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Pegawai polis trafik Klang Utara tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian untuk mengutip sisa runtuhan dan mengawal lalu lintas.

Sebahagian jalan dibuka semula kepada pengguna jalan raya kira-kira pukul 8 pagi.

Namun jalan masih sesak apabila terdapat pemandu yang memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Nor Omar Sappi berkata sebuah lori pasar terlanggar papan tanda itu menyebabkan sebahagian strukturnya roboh.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerja mengalihkan papan tanda itu sedang giat dijalankan," katanya.


roboh, papan tanda

Artikel Sebelum

Artikel Lain