suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mohd Azharuddin Dilantik CEO Baharu SPAD

Mohd Azharuddin Mat Sah.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  (SPAD) melantik Mohd Azharuddin Mat Sah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuatkuasa pada Selasa bagi menggantikan Mohd Nur Ismail Mohamed Kamal.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, SPAD berkata, Azharuddin sebelum ini adalah Pengarah Greater KL/Lembah Klang dan Pengangkutan Bandar dalam Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri.

"Bagi peranan baharunya ini, tanggungjawab segera Azharuddin adalah meningkatkan pertumbuhan ekosistem pengangkutan awam darat (LPT) sepertimana digariskan dalam Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara," katanya.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata kepakaran serta pengalaman Azharuddin dalam sektor LPT menjadikannya calon terbaik seiring usaha SPAD memacu pergerakan berpaksikan rakyat dan kesalinghubungan.

Sementara itu, Mohd Nur Ismail, yang memegang jawatan CEO sejak pembentukan suruhanjaya itu pada 2010, akan menjadi CEO myHSR Corp, sebuah syarikat disokong kerajaan yang terbabit dalam pengurusan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura.


SPAD, CEO

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain