suria

Kabel Kren Putus, Dua Warga Bangladesh Cedera Parah

KUALA LUMPUR: Dua buruh warga Bangladesh cedera parah dengan seorang daripadanya putus tangan selepas dihempap bahagian kren yang patah di tapak pembinaan sebuah kondominium berhampiran The Rinz Residence, Bukit OUG pagi Selasa.

Dalam kejadian 10.55 pagi itu, bahagian hujung kren itu patah dan jatuh dari ketinggian kira-kira 30.5 meter  lalu menghempap kedua-dua lelaki yang sedang melakukan kerja mengikat simen konkrit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 30-an tidak sempat menyelamatkan diri dan tersepit di bawah kabel kren berkenaan.

"Seorang mangsa patah kaki manakala seorang lagi putus tangan. Kami masih lagi menyiasat punca kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kedua-dua mangsa kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), tambah beliau.-- Bernama

Bangladesh, Bukit OUG, kren

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain