Penganjur Bersih Ucap Terima Kasih Kepada Polis - Semasa | mStar

Penganjur Bersih Ucap Terima Kasih Kepada Polis

Dua anggota polis trafik mengawal lalulintas di simpang empat antara Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu berdekatan Menara Maybank ekoran suasana sesak di jalan itu dengan ribuan peserta menyertai himpunan Bersih 4.0 pada Sabtu lalu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Bersih 4 berterima kasih terima kasih kepada pihak polis berhubung 'penglibatan minimum' mereka hujung minggu lalu.

Mereka memuji kerjasama polis untuk berbanding tiga perhimpunan Bersih sebelum ini.

Namun kata mereka pihak polis sepatutnya perlu membantu dalam menguruskan keselamatan sepanjang perhimpunan selama 34 jam di ibu negara.

"Mereka seharusnya bantu mengawal orang ramai dan membuat kawalan lalu lintas. Kami melakukannya sendiri," kata Pengerusi Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor di sini, Isnin.

Sementara itu AJK Bersih New Sin Yew turut memuji polis.

"Ini adalah perhimpunan pertama di mana tidak ada kejadian tidak diingini, tiada salah guna kuasa dan tiada kekejaman polis," katanya.

Bagi Bendahari Bersih, Masjaliza Hamzah berkata, kerjasama polis adalah lebih baik daripada apa yang mereka jangkakan

Bersih 2.0 , Bersih 4 , Maria Chin Abdullah

Artikel Sebelum

Wifi Percuma Untuk Rakyat Johor

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain