suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wifi Percuma Untuk Rakyat Johor

JOHOR BARU: Rakyat Johor bakal menikmati perkhidmatan wifi percuma di beberapa lokasi di negeri ini mulai Januari tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri  memperuntukkan sebanyak RM12.9 juta bagi menyediakan 135 hotspot wifi percuma yang akan dipasang secara berperingkat.

Katanya projek WiFi Percuma Johor merupakan hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada 2013.

Beliau berkata hasil kajian itu menunjukkan sebanyak 20.36 peratus responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkat.

"Program yang meliputi tempoh tiga tahun pemasangan itu, akan melibatkan 10 daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR)," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Dataran Bandaraya Johor Baharu merupakan lokasi pertama dari 135 hotspot  yang menawarkan kemudahan wifi percuma, mulai malam tadi.

Mohamed Khaled Nordin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain