suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktivis LGBT Sertai Bersih

KUALA LUMPUR: Beberapa orang ahli pergerakan lesbian, gay,biseksual dan transgender (LGBT) turut hadir pada perhimpunan Bersih 4.

"Kami mengibar bendera sendiri bagi memberitahu kepada orang ramai bahawa komuniti LGBT menyokong Bersih 4," jelas penyokong LGBT Chong Yee Shan.

"Kami juga mahu semua orang pada perhimpunan ini sedar bahawa komuniti LGBT ada di sini seperti kamu dan bersama kamu," katanya.

"Kami mahu semua orang tahu bahawa tidak ada yang buruk mengenai bendera pelangi ini," tambahnya.

Chong berkata, komuniti LGBT tidak mahu menjadi 'gajah di dalam bilik' yang tidak dihiraukan.

"Saya mahu orang ramai melihat kami dan berharap ada yang datang bercakap dengan kami, sama-sama berbincang," jelasnya.

Tambah Chong, dia menggalakkan lebih ramai orang datang berbuat demikian.

"Itulah cara untuk berhubung dengan orang lain memulakan komunikasi supaya mereka belajar memahami komuniti LGBT," kata Chong.

LGBT

Artikel Lain