suria

Demo Jalan Terakhir Untuk Beri Tekanan Kepada Najib - Dr M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui demonstrasi jalanan merupakan jalan terakhir untuk memberi tekanan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kalau kerajaan dah tak peduli pasal undang-undang, kita terpaksa gunakan demonstrasi. Lihat bekas Presiden Marcos Ferdinand, ketika memerintah Filipina, mereka terpaksa jatuhkan beliau melalui demonstrasi," katanya pada sidang media di sebuah restoran bersebelahan Pasar Seni di sini, Ahad.

Bekas perdana menteri itu yang singgah di tepi Dataran Merdeka selama enam minit pada malam Sabtu sekali lagi menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang masuk hari kedua pada Ahad.

Dalam pada itu, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi pendirian berhubung penyertaannya dalam Bersih 4.0 hanya sekadar mahu meneruskan tekanan terhadap Najib.

Tegas beliau Bersih 4.0 merupakan platform terbaik untuk tujuan berkenaan.

"Bersih bukan parti politik, tapi pengaruhnya cukup besar. Sebab itu mungkin orang akan terpengaruh menolak Najib.

"Tapi keadaan sekarang ialah BN masih majoriti, kita nak singkir Najib sahaja. Bukan nak singkir BN, lepas itu BN nak pilih orang lain pilihlah," katanya.

Bersih 4.0, Parlimen, Pasar Seni

Artikel Lain