suria

"Saya Kekal Di Sini" - Zeti

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menolak khabar angin beliau akan meletak jawatan sebagai Gabenor Bank Negara.

Selain itu Zeti, 67, turut menafikan beliau menderita sakit jantung seperti yang tersebar di media sosial.

"Saya akan kekal di pejabat sehingga tempoh saya berakhir. Tempohnya adalah lima tahun, jadi ia akan berakhir tahun depan.

"Saya juga tidak mengambil sebarang rawatan. Doktor beritahu keadaan jantung saya juga baik," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Apabila ditanya sama ada beliau berhasrat untuk kekal dalam jawatan sekarang selepas tamat tempoh itu beliau menjawab: "Buat masa ini, apa yang dapat saya katakan ialah saya ingin menulis sebuah buku berhubung persaraan saya."

"Saya berada dalam jawatan selama 16 tahun dan juga telah berkhidmat selama 35 tahun kepada Bank Negara dan negara. Saya percaya Bank Negara Malaysia ialah institusi yang kukuh dan akan pergi ke tahap yang lebih tinggi," kata Zeti.

Artikel Lain