suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Ditahan Pasang Banner Bersih 4.0 Dibebaskan

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki di Jalan Changgai di sini yang meletakkan banner pelancaran Bersih 4.0 yang akan diadakan Jumaat ini.

Kedua-dua lelaki berkenaan, Adrian Lim, 24, dan Mohamad Faddhil, 21, telah dibebaskan daripada tahanan polis sekitar tengah malam Khamis kerana mereka tidak terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata polis yang membuat rondaan ternampak tiga lelaki sedang memasang banner di sepanjang Jalan Changgai kira-kira pukul 10.30 malam Rabu.

"Mereka memberhentikan kenderaan mereka untuk melakukan pemeriksaan terhadap tiga lelaki itu, tetapi kumpulan itu melarikan diri ke bangunan di PJ New Town.

"Polis mengejar dan menahan dua daripada mereka di kawasan itu selepas 15 minit. Mereka telah dibawa ke balai polis untuk tujuan dokumentasi," katanya.

Azmi berkata polis membuat tangkapan kerana perbuatan kumpulan itu melarikan diri membangkitkan syak wasangka.

"Kami melepaskan mereka selepas kes itu dirujuk kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)," katanya.

Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Michelle Yesudas hadir di ibu pejabat polis untuk membantu mereka dibebaskan.
Bersih 4.0, banner

Artikel Lain