suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lantai Bangunan Runtuh, Pekerja Binaan Terselamat

KUALA LUMPUR: Dua pekerja binaan cedera parah apabila lantai sebuah bangunan yang dalam pembinaan di Fasa II Prima Selayang, dekat sini, runtuh awal pagi Rabu.

Dalam insiden pukul 4.45 pagi itu, tiga pekerja lain mengalami cedera ringan manakala tiga lagi terselamat tanpa kecederaan.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sunip Kadiron berkata kelapan-lapan pekerja yang dipercayai warga Indonesia dan Bangladesh itu dikatakan sedang bekerja di bangunan tersebut apabila lantai berukuran 10 x 20 meter di tingkat lima runtuh menyebabkan lima daripada mereka terperangkap.

"Kesemua pekerja itu berjaya diselamatkan dan mereka dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Artikel Lain