suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bank Negara Selesai Siasat 1MDB

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan telah menyerahkan laporan siasatan pihaknya terhadap dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Pejabat Peguam Negara.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata laporan siasatan tersebut telah diserahkan kepada Peguam Negara yang baharu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"BNM sudah melengkapkan siasatan dibawah bidang kuasa yang ada pada minggu ini dan ia telah diserahkan kepada Peguam Negara pada minggu ini juga," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Bagaimanapun menurut Zeti pihaknya tidak boleh mendedahkan hasil siasatan yang dijalankan secara formal sejak May lalu membabitkan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

Bank Negara, 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain