suria

Migran Terpedaya Khabar Angin Mengenai Kad UNHCR

Sekumpulan pelarian berkumpul di luar bangunan UNHCR di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Selasa. Foto IZZRAFIQ ALIAS / The Star

KUALA LUMPUR: Sekumpulan besar migran berkumpul di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sini, susulan khabar angin bahawa kad UNHCR akan diedarkan pada Selasa.

Wakil UNHCR Richard Towle memberitahu Bernama beliau percaya kumpulan sama bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu.

Menurutnya, prosedur mendapatkan kad UNHCR biasanya mengambil masa lebih lama.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor pula mengesahkan mereka berkumpul di hadapan pejabat UNHCR susulan penyebaran maklumat salah mengenai kad imigresen itu.

"Tiada kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Kira-kira 1,000 migran itu bersurai tengah hari Selasa atas nasihat polis.

Seorang daripada migran itu, Abdul Rahman, 30, berkata beliau datang dari Johor selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menyatakan migran Rohingya akan menerima kad UNHCR pada Selasa.

Seorang migran lain, yang dihanya mahu dikenali sebagai Thuhaida, berkata beliau dan tiga rakannya berkhemah di luar premis UNHCR sejak 7 malam Isnin tetapi hampa kerana tiada kad UNHCR diedarkan. - Bernama

UNHCR

Artikel Lain