suria

Dua Orang Dihanyutkan Arus Di Bawah Jambatan Loke Yew

KUALA LUMPUR: Dua orang dipercayai dihanyutkan arus deras apabila terperangkap di bawah jambatan Loke Yew di Taman Shamelin, Cheras, di sini petang Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata identiti dan jantina kedua-dua mangsa belum diketahui setakat ini.

Operasi menyelamat mangsa dilaporkan hanyut dalam kejadian 5.37 petang itu,  dijalankan sehingga ke Flat Sri Johor dan operasi itu yang dihentikan malam ini, akan disambung semula esok.

Difahamkan kedua-dua mangsa berteduh di bawah jambatan berkenaan berikutan hujan lebat.

Di Puncak Alam, Selangor pula, hujan selama dua jam kira-kira 5 petang tadi, menyebabkan beberapa kawasan di sana, dilanda banjir kilat.

Sementara itu, sebanyak 20 murid dan lima guru dari sebuah tadika di Bandar Puncak Alam terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas premis mereka ditenggelami air berikutan hujan lebat petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kesemua mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di surau berdekatan setelah tadika terbabit ditenggelami air sedalam satu meter.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.25 petang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Sani berkata selain tadika berkenaan, beberapa rumah di kawasan sekitar turut dinaiki air dan penghuni rumah telah dinasihatkan berpindah.

Katanya banjir turut dilaporkan di Jalan Pandan 1/11, Pandan Indah, Cheras dan Jalan Cempaka 12, Taman Cempaka, Ampang.

Beliau berkata kes pokok tumbang juga dilaporkan di beberapa tempat antaranya Jalan 4/2, Seksyen 4, Bangi dan Jalan Kenari 12, Bandar Puchong Jaya.

Jalan Loke Yew

Artikel Lain