suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Zahid Belum Tentu Jadi PM - Tun M

KAJANG: Jawatan timbalan perdana menteri yang dipegang oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan tiket untuk beliau menjadi perdana menteri.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan mengenai pelantikan perdana menteri hanya boleh dibuat oleh parti.

"Belum tentu (Ahmad Zahid)...bukan Datuk Seri Zahid atau Datuk Seri Najib buat keputusan.

"Umno ada timbalan presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang dipilih, Zahid tak dipilih jadi timbalan presiden, jadi kena dengar Umno punya keputusan," katanya pada sidang media selepas hadir sesi dialog bersama warga Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) sempena Pesta Minda Malaysia ke-11 di sini, Isnin.

Beliau menjawab soalan pemberita sama ada Ahmad Zahid yang baharu dilantik sebagai timbalan perdana menteri mampu menjadi perdana menteri yang baik pada masa akan datang.

Ini kerana, sudah menjadi tradisi dalam Umno di mana timbalan perdana menteri akan dilantik sebagai perdana menteri apabila tiba masanya.

"Dalam hal ini timbalan presiden masih ada dan sebab-sebab dia tak jadi timbalan perdana menteri tidak boleh diterima oleh kita.

"Dulu, Datuk Seri Anwar kita tahu sebabnya, sebab tu kita tukarkan dia," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak melihat sebarang kesalahan telah dilakukan Muhyiddin sehingga menyebabkan beliau tersingkir daripada Kabinet dan tidak boleh menjadi perdana menteri.

"Dia cuma nak betulkan Umno, nak tolong Najib bagi penerangan, itu saja bukannya salah. Saya tak nampak dia bersalah, takkanlah sampai tak boleh tegur," katanya.


Artikel Lain