suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M Pertikai Tiga Juta Sokongan Kepada Najib

KAJANG: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mempertikaikan tiga juta sokongan yang diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kenyataan Najib baru-baru ini bahawa beliau mendapat sokongan tiga juta ahli Umno untuk terus kekal sebagai perdana menteri tidak seperti yang dilihat di media sosial.

"Mana dia tau tiga juta sokongan?

"Kalau kita baca di Twitter, di internet semua kata macam-macam...suruh dia undur. Apakah orang itu yang sokong dia," katanya pada sidang media selepas hadir sesi dialog bersama warga Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) sempena Pesta Minda Malaysia ke-11 di sini, Isnin.

Dr Mahathir mendakwa apa yang ditulis di media sosial itu kebanyakannya luahan penyokong Umno sendiri.

"Orang-orang itu pun kebanyakannya orang Umno...saya pun orang Umno," katanya.

Dalam pada beliau turut mendakwa bahawa Umno telah berpecah di bawah kepimpinan Najib.

Katanya, ramai di kalangan penyokong parti itu yang tidak puas hati dengan pentadbiran Najib dan telah meminta supaya beliau berundur.

Mengenai pemimpin-pemimpin yang masih berdiri teguh dan menyatakan sokongan terhadap perdana menteri serta pembubaran Kabinet baru-baru ini, Dr Mahathir berkata terdapat kemungkinan mereka telah mendapat wang.

"Mungkin mereka dapat wanglah kot sebab itu mereka sokong dia, kalau tak dapat wang saya ingat tak sokonglah.

"Tapi buktinya (dapat wang) tak adalah," katanya.

Dr Mahathir Mohamad, Umno

Artikel Lain