suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Pengarah Operasi Khas SPRM Ucap Terima Kasih

PETALING JAYA: Isteri kepada Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi sokongan kepada suaminya.

"Sujud syukur saya pada Allah. Syukur Alhamdullilah dengan berkat doa saya dan seluruh rakyat Malaysia seluruh warga fb...Allah makbulkan doa kita semua," jelas Datin Nooor Haslina Abdullah di laman Facebook miliknya pada Isnin.

"Suami saya Datuk Bahri dan Datuk Rohaizad Yaakob telah dikembalikan tugasnya di SPRM.

"Terima kasih di atas doa dan sokongan moral. Terima kasih di atas semua pesanan positif yang dihantar melalui WhatsApp, panggilan, Telegram dan khidmat pesanan ringkas," tulis beliau.

Dalam satu lagi status di laman Facebooknya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang turut memberi sokongan.

Pada Isnin,  Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa membatalkan pemindahan dua pegawai tertinggi suruhanjaya itu ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas berpuas hati dengan penjelasan mereka.

Bahri dan Rohaizad ditukarkan ke JPM dengan serta merta pada Jumaat lalu diatas alasan 'masalah disiplin'.

SPRM, Isteri bahri

Artikel Lain