suria

Polis Kesan Individu Tinggalkan Bayi Di Laluan Pejalan Kaki

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan ibu bapa, yang meninggalkan seorang bayi perempuan baru lahir di laluan pejalan kaki, Seksyen 19, di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata bayi, yang dipercayai berusia seminggu itu, dijumpai di dalam sebuah kotak serta berbalut dengan kain oleh seorang kerani sebuah klinik pada 6.50 pagi, setelah dia terdengar tangisan bayi itu.

"Pengadu telah membuat laporan polis. Bayi itu kemudiannya di hantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan kini ia berada di bawah penjagaan pihak hospital," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, Isnin.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini tampil membuat laporan di balai polis terdekat.

Kata Shafien lagi, pihaknya juga meminta mana-mana klinik atau hospital yang mempunyai maklumat tentang perkara berkenaan tampil untuk membuat laporan.

Bayi, Shah Alam

Artikel Lain