suria

Saya Telah Jelaskan Kepada Pesuruhjaya SPRM - Khalid

GEORGE TOWN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sudah menerangkan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Tan Sri Abu Kassim Mohamed berhubung tindakan polis terhadap pegawai-pegawai suruhanjaya itu.

"Secara peribadi saya telah menghubungi Tan Sri Abu Kassim untuk menjelaskan bahawa kami sedang mencari pembocor maklumat. Kami tidak menyasarkan SPRM kerana kami hanya melakukan tugas.

"Saya ingin menegaskan bahawa kita tidak mengganggu agensi-agensi kerajaan yang lain. Kami memandang serius tuduhan seumpama dengannya kerana ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat," katanya di sini pada Sabtu malam.

Beliau berkata, pegawai yang telah dipanggil berhubung kebocoran malumat siasatan kes 1Malaysia Development Berhad telah dibebaskan selepas polis telah merakamkan keterangan dan mengambil beberapa dokumen berkaitan.

Sekurang-kurangnya enam pegawai kanan SPRM dipanggil untuk membantu siasatan.

Tindakan polis mengundang kritikan masyarakat.

SPRM, PDRM, 1MDB

Artikel Berikut

Artikel Lain