suria

Adenan Tutup Mulut Tarikh PRN Sarawak

KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem banyak bercakap mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kecuali satu soalan yang sentiasa bermain di fikiran rakyat - bila ia akan dilaksanakan?

Sejak awal tahun ini Adenan berkata PRN yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan boleh diadakan tidak lama lagi atau 'secepat mungkin'.

Ketika menghadiri hampir semua majlis hari raya, beliau mula 'berkempen' dengan memberikan kenyataan yang sama iaitu: "Berikan saya lima tahun lagi".

Pada majlis pengumuman jambatan baharu semalam, Adenan meminta pengundi untuk memberi mandat yang besar kepadanya.

Ini katanya akan meletakkan beliau dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk berunding dengan Kuala Lumpur mengenai perkara-perkara seperti royalti minyak.

"Saya kata kepada Perdana Menteri supaya berikan kita lebih dalam bajet akan datang," Adenan memberitahu kira-kira 3,000 orang yang hadir di Bako, di mana kerajaan negeri membiayai jambatan bernilai RM53 juta itu.

"Dalam Bajet Oktober, kita mahu semua permintaan diluluskan. Tambah lagi. Kita mahu menjadi setanding dengan semenanjung. Sudah pastinya pada masa ini kita di belakang.

"Apa yang diberikan kepada mereka, kita mahu juga. Kita menyanyi Negaraku sama. Tetapi anda perlu menyokong saya. Beri saya mandat besar...jadi saya boleh berkata: "Saya bercakap bagi pihak rakyat Sarawak. Lebih baik anda dengar permintaan saya."

Adenan berkata beliau melakukan banyak perkara dalam tempoh 15 bulan sebagai Ketua Menteri, "jadi beri saya lima tahun lagi untuk lakukan lebih banyak kerja".

Beliau berkata penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Dr Hazland Hipni yang sedang berkhidmat dalam penggal pertamanya akan kekal sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain