suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Akan Hadiri Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura Esok

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Singapura pada Ahad bagi menghadiri upacara Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura ke-50.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata Perdana Menteri akan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam lawatan itu.

Menurut kenyataan itu, hubungan dua hala Malaysia dan Singapura adalah baik dan rapat.

"Kedua-dua negara komited untuk meneruskan kerjasama rapat dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, sosial, pendidikan, pertahanan dan keselamatan selain hubungan antara rakyat kedua-dua negara," katanya.

Pada tahun 2014, Singapura merupakan rakan dagang Malaysia kedua terbesar di peringkat global dan juga merupakan rakan dagang terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah keseluruhan perdagangan sebanyak RM194.52 bilion (US$59.5 bilion).

Tahun 2015 juga merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura.

Najib Tun Razak, Singapura

Artikel Lain