suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saya Tidak Akan Berundur Sebagai Timbalan Presiden Umno - Muhyiddin

Muhyiddin Yassin.

MUAR: Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak akan berundur daripada kedudukannya di dalam parti.

Muhyiddin berkata adalah tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa beliau mencemarkan imej parti dan negara sehingga ke tahap harus meletak jawatan.

"Saya tidak akan meletak jawatan (sebagai Timbalan Presiden Umno) kerana saya tidak membuat apa-apa kesalahan di dalam parti.

"Saya tidak membawa ancaman kepada negara malah tidak mengatakan apa-apa yang bertentangan dengan perlembagaan parti.

"Jika saya berbuat demikian, tunjukkan bukti," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan mesyuarat Wanita, Puteri dan Pemuda Umno bahagian di Kompleks Sukan Pagoh di sini, Jumaat.
 

Artikel Lain