PAS Persoal Tun M Masih 'Bebas' - Semasa | mStar

PAS Persoal Tun M Masih 'Bebas'

PETALING JAYA: Larangan meninggalkan negara yang dikenakan terhadap dua pemimpin pembangkang, termasuk wakil rakyat DAP adalah tindakan terdesak dan bermotifkan politik, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau, kerajaan bertindak 'membuli' pembangkang apabila mengambil tindakan segera terhadap pihak yang membuat pendedahan berhubung dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"PAS ingin mengingatkan kerajaan bahawa taktik membuli pembangkang dengan cara ini hanya akan menyemarakkan desakan dan keinginan rakyat untuk mengetahui kebenaran di sebalik semua dakwaan terhadap 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Rakyat akan melihat tindakan sebegini sebagai terdesak dan bermotifkan politik apabila tiada sekatan terhadap Dr Mahathir, pengkritik terhebat 1MDB, yang sudah terang-terang menjelaskan niatnya untuk menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri," katanya merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan kredibiliti Jabatan Imigresen apabila tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap individu yang terlibat dan dikaitkan dengan isu 1MDB.

"Persepsi buruk pada kerajaan akan bertambah apabila rakyat melihat mereka yang terlibat dengan isu 1MDB seperti Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Penasihat 1MDB masih bebas bergerak ke seluruh dunia, manakala mereka yang membongkarnya dikenakan tindakan," katanya.

Sehingga kini empat individu disekat daripada ke luar negara termasuk Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan Ahli Parlimen PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Terbaharu, seorang bekas pegawai 1MDB turut dihalang meninggalkan negara ini.

Semakan di laman web Jabatan Imigresen menunjukkan bahawa Pengarah Urusan SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil, 44 yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB merupakan antara mereka yang disekat ke luar negara.

SRC International merupakan bekas anak syarikat 1MDB dan telah diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada 2012.

Individu lain yang dihalang ke luar negara adalah pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.

Artikel Berikut

Empat Individu Dihalang Ke Luar Negara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain