suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Tingkatan Enam Maut Jatuh Flat

- Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Seorang pelajar Tingkatan Enam yang bakal menduduki peperiksaan STPM tahun ini mati terjatuh dari tingkat 19 sebuah flat di Air Itam.

Tew Zhe Ming, 19, pelajar Sekolah Tinggi Chung Ling, telah ditemui mati  di antara dua buah kereta di tempat letak kereta di tingkat bawah flat tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid  berkata siasatan menunjukkan bahawa Tew adalah seorang pelajar pintar di sekolah tetapi berada di bawah tekanan disebabkan oleh penurunan dalam prestasi akademik.

Beliau berkata si mati juga telah mendapatkan rawatan psikiatri di sebuah hospital swasta di sini dua bulan sebelum kematiannya.

Laporan bedah siasat dari Hospital Pulau Pinang mendedahkan bahawa Tew mati akibat beberapa kecederaan kerana jatuh.

Mior Faridalathrash berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Lain