suria

Arpah Abdul Razak Dilantik Pengerusi SPA Baharu

Datuk Seri Arpah Abdul Razak
PUTRAJAYA: Datuk Seri Arpah Abdul Razak, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,  dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada Khamis berkata Arpah, 60, menggantikan Tan Sri Mahmood Adam yang tamat perkhidmatan.

Ali turut mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran) Kementerian Pendidikan Datuk Abdul Shukor Ibrahim dan bekas Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Norzam Mohd Nor sebagai ahli-ahli SPA.

Ali berkata ketiga-tiga pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengikut Fasal (4) Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya kesemua pelantikan itu adalah untuk tempoh tiga tahun bermula daripada tarikh mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan serta sumpah setia yang akan ditetapkan kelak.

Artikel Lain