Ibu Empat Anak Diberkas Bersama Dadah RM27,800 Di Marang - Semasa | mStar

Ibu Empat Anak Diberkas Bersama Dadah RM27,800 Di Marang

MARANG: Seorang ibu kepada empat anak bersama teman lelakinya diberkas kerana memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM27,800 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Al-Amin di sini, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, bertindak atas risikan pihaknya mengesan wanita berumur 38 tahun itu yang juga peniaga kedai makan bersama seorang pemuda berumur 24 tahun di sebuah rumah yang dipercayai disewa wanita terbabit.

"Kami menemui kedua-dua suspek ini di dalam sebuah bilik dan hasil pemeriksaan, polis menemui 1,020 pil dadah dipercayai pil kuda dan 50 gram syabu yang disembunyikan di atas almari pakaian dan almari solek di dalam bilik yang didiami mereka," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Menurut Mohd Adli, pihaknya turut menyita sebuah kereta jenis Honda dan merampas wang tunai RM5,300 yang dipercayai hasil jualan dadah.

Beliau berkata ujian saringan air kencing ke atas wanita itu negatif manakala lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau kesalahan dadah manakala wanita berkenaan pernah ditahan kerana menjalankan perniagaan karaoke tanpa lesen.-- Bernama

Taman Al-Amin , pil kuda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain