suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hujan Punca Helikopter Mendarat Di Pos Pengawal Tentera Indonesia

Helikopter yang membawa Ahmad Zahid ketika mendarat di pos pengawal tenter Indonesia, Pulau Sebatik, Ahad lalu.

KUCHING: Malaysia telah memberi penjelasan kepada kedutaan Indonesia berhubung insiden pada Ahad lalu di mana helikopter yang membawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendarat di landasan pos pengawal tentera di Pulau Sebatik, utara Kalimantan sebelum berlepas semula.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga telah memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu, manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengirim surat penjelasan kepada Wisma Putra pada Khamis.

"Ketika lawatan ke Pulau Sebatik, Tawau, helikopter Sabah Air yang saya naiki sepatutnya mendarat di Sungai Melayu di sempadan Malaysia.

"Tetapi, juruterbang tidak dapat melihat landasan kerana kawasan itu becak akibat hujan, jadi penerbangan diteruskan sehingga menemui landasan di mana ia mendarat.

"Sebaik mendarat baru disedari landasan itu milik pihak tentera Indonesia, menyebabkan helikopter itu terus berlepas apabila sedar telah melakukan kesilapan.

"Kami terbang ke Balai Polis Wallace Bay yang juga destinasi saya seterusnya," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kontinjen polis Sarawak di Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya di sini, Rabu.

Pihak KDN berharap media tempatan dan Indonesia tidak memanipulasi insiden berkenaan dan membiarkan ia berterusan.

"Ia bukannya pencerobohan. Tiada pagar di sempadan Malaysia dan Indonesia di Pulau Sebatik, malahan kawasan itu kelihatan sama, jadi saya tidak boleh menyalahkan juruterbang dalam hal ini," katanya.





Artikel Lain