suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kunjungan Ke BSM Untuk Pemeriksaan Rutin - RoS

PETALING JAYA: Kunjungan Pendaftar Pertubuhan (RoS) ke Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) pada Selasa adalah sekadar kunjungan hormat untuk membuat pemeriksaan biasa dan tidak berniat jahat.


"Kami hanya menjalankan kunjungan hormat. Ia adalah rutin untuk semua pertubuhan, termasuk yang ini, " kata seorang pegawai dari RoS kepada The Star Online, Selasa.

Pegawai itu menjelaskan bahawa pertubuhan dan badan-badan amal agama lain turut diperiksa dan BSM  tidak terkecuali.

Beliau menambah BSM adalah antara badan yang telah dipilih secara rawak untuk pemeriksaan pada Selasa.

Lima atau enam persatuan akan dikunjungi oleh kumpulan dari RoS Selangor  setiap hari sebagai sebahagian daripada pemeriksaan rutin.

Pegawai itu menambah RoS Selangor  bercadang untuk memeriksa sekurang-kurangnya 1,000 persatuan pada tahun 2015.

Ketika dihubungi pada Isnin, BSM enggan mengulas memandangkan presidennya Rev Ng Moon Hing berada di luar negara.

RoS, BSM

Artikel Lain