suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB Terima Cadangan Untuk Beli Tanahnya Di Air Hitam Dan Pulau Indah

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah menerima beberapa cadangan untuk membeli tanahnya di Air Hitam, Pulau Pinang dan Pulau Indah, Selangor.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda berkata cadangan itu susulan pengumuman syarikat pada 18 Februari untuk menjana wang daripada dua bidang tanah itu melalui usaha sama atau jualan terus.

Hasrat itu kemudiannya disahkan dalam pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei, katanya dalam satu kenyataan di sini.

"Oleh itu, 1MDB bercadang untuk melantik perunding hartanah bebas untuk membantu dalam mengkaji pelbagai cadangan tersebut.

"Pengumuman lanjut mengenai perkembangan terkini akan dibuat dalam tempoh dua minggu akan datang," katanya.
1MDB, tanah 1MDB, Arul Kanda

Artikel Lain