suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RoS Batal Rancangan Buat Pemeriksaan Rutin Ke Atas BSM

Rev Mathew K. Punnoose
PETALING JAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memutuskan untuk tidak meneruskan pemeriksaan rutin terhadap Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) seperti yang dirancang.

Setiausaha Kehormat BSM Rev Mathew K. Punnoose memberitahu kepada pemberita di ibu pejabat pertubuhan itu bahawa RoS Selangor  telah membuat panggilan pagi Selasa memaklumkan bahawa pemeriksaan itu telah ditangguhkan.

"Kami dimaklumkan pada 23 Jun menerusi e-mel bahawa RoS Selangor ingin melakukan pemeriksaan rutin di ibu pejabat kami," kata Rev Mathew.

E-mel itu juga menyatakan bahawa pemeriksaan RoS Selangor adalah berdasarkan kepada Seksyen 63 Akta Pertubuhan, yang membolehkan pihak berkuasa untuk masuk dan memeriksa pertubuhan yang disyaki menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

"Kami mengalu-alukan lawatan yang dicadangkan RoS dalam semangat ketelusan dan akauntabiliti tetapi kami ingin tahu sebab pemeriksaan rutin seperti itu dibuat," kata Mathew, mengulangi bahawa BSM tidak menjalankan apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang.

"Objektif kami sentiasa menyediakan dan memastikan Bible boleh didapati dalam pelbagai bahasa," katanya.

Pada 2 Januari tahun lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu premis BSM dan merampas 321 salinan Bible, 10 salinan Bible Iban- Bup Kudus dan 20 salinan Gospel of Luke bahasa Melayu.

Kitab-kitab itu telah dikembalikan kepada BSM pada November tahun lepas.
BSM, Bible, RoS, Rev Mathew K. Punnoose

Artikel Lain