suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan Putus Hubungan Dengan DAP Lepas Aidilfitri

Dr Mahfodz Mohamed

KUALA LUMPUR: Majlis Syura PAS dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau berkata ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap.

"Sekarang ini hanya separuh daripada ahli Majlis Syura telah dilantik. Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi selepas Muktamar Tahunan PAS 2015 baru-baru ini.

"Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya, katanya kepada pemberita di perkarangan bangunan Majlis Amarah Rakyat (Mara) di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status usul Dewan Ulama PAS Pusat yang disokong tanpa dibahaskan semasa muktamar lepas berkenaan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP.

Mahfodz, yang juga anggota Majlis Syura sesi 2011-2015, berkata Dewan Ulama  akan akur dengan apa jua keputusan muktamad Majlis Syura itu nanti.

"Sekarang ini usul itu belum dilaksana kerana yang hendak memutuskan itu Majlis Syura," katanya.

Terdahulu, Mahfodz bersama anggota Dewan Ulama yang lain menyerahkan memorandum kepada pengurusan Mara supaya siasatan penuh dan telus dapat dilakukan berhubung kes pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh Mara Inc.

Artikel Lain