suria

Pemerdagangan Manusia: Menteri Malaysia, Indonesia, Thailand Berbincang

PUTRAJAYA: Menteri Luar dari Malaysia, Indonesia dan Thailand mengadakan perbincangan mengenai pergerakan individu di rantau ini tanpa melalui saluran yang sah, terutamanya isu pemerdagangan manusia, di sini, Rabu.

Perbincangan itu melibatkan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya Jen Tanasak Patimapragorn yang juga Timbalan Perdana Menteri Thailand dan dari Indonesia Retno Marsudi, di Wisma Putra di sini.

Menurut kenyataan Wisma Putra Isnin lepas, Malaysia kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan negara yang turut menerima kesan daripada kemasukan warga asing dan juga masyarakat antarabangsa untuk menyelesaikan masalah di rantau ini.

"Malaysia akan terus mencari penyelesaian kepada isu ini antaranya secara usaha bersama dan berselaras dalam kalangan negara asal, transit dan negara  destinasi," katanya.

Dilaporkan seramai 1,158 warga asing dari Bangladesh dan kaum Rohingya dari Myanmar termasuk wanita dan kanak-kanak mendarat dengan bot secara haram di Langkawi, Kedah pada 10 Mei lepas, satu angka yang terbesar setakat ini.

Thailand, Malaysia

Artikel Lain