Pembinaan LRT 3 Dimulakan Pada 2016 - Semasa | mStar

Pembinaan LRT 3 Dimulakan Pada 2016

Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Tan Sri Ismail Adam (kanan) melancarkan cadangan jajaran aliran LRT 3 (LRT3) pada Selasa. Yang Turut hadir Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Tan Sri Ismail Adam (tengah) dan Pengarah Pembangunan Projek Kumpulan Prasarana Datuk Zohari Sulaiman.

KUALA LUMPUR: Pembinaan projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT 3) bernilai RM9 bilion akan bermula pada suku pertama tahun depan, kata Prasarana Malaysia Bhd.

Pengarah Urusan Kumpulan, Azmi Abdul Aziz berkata, reka bentuk penjajaran 36 kilometer projek itu dijangka dimuktamadkan menjelang suku keempat tahun berkenaan.

"Mengenai pengambilalihan tanah, kami telah mengenal pasti koridor, tetapi bukan penjajaran kerana kami perlu mematuhi keperluan Akta Pengambilalihan Tanah," katanya kepada pemberita pada majlis taklimat mengenai LRT 3 pada Selasa.

Menjelaskan yang RM9 bilion itu hanya kos untuk pembinaan, Azmi berkata, Prasarana bagaimanapun telah menyediakan peruntukan yang cukup untuk pengambilalihan tanah.

"Kami belum menyiapkan bajet sebenar untuk penjajaran. Kami akan menyiapkannya sebaik proses itu bermula," katanya tanpa mendedahkan jumlah sebenar.

Mengenai Rakan Kongsi Penyerahan Projek, Azmi berkata, setakat ini tujuh syarikat telah mengambil borang permohonan yang perlu diserahkan pada minggu pertama bulan depan.

Prasarana merancang memberikan projek itu menjelang Julai.

Menurutnya, sebagai Rakan Kongsi Penyerahan Projek, syarikat yang layak akan menerima enam peratus yuran daripada jumlah nilai kontrak LRT 3.

"Jika jumlah kos projek kurang atau sama dengan kos sasaran, Rakan Kongsi itu berhak menerima yuran penuh.

"Bagaimanapun jika kos projek itu lebih daripada kos sasaran, yuran itu akan dipotong mengikut formula yang telah dipersetujui," tambahnya.

Projek yang dijangka siap pada 31 Ogos 2020 itu akan memanfaatkan dua juta pengguna sepanjang penjajaran itu yang akan menghubungkan Bandar Utama, Damansara dan Johan Setia di Klang menjelang 2025.

LRT3 , Prasarana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain