Presiden SPDP Umum Bertanding Pilihan Raya Negeri Sarawak - Semasa | mStar

Presiden SPDP Umum Bertanding Pilihan Raya Negeri Sarawak

MIRI: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPSD) mengumumkan pencalonan Presiden parti, Datuk Seri Tiong King Sing yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak.

SPSD menjadi parti komponen Barisan Nasional yang pertama membuat pengumuman mengenai pencalonannya bagi pilihan raya negeri itu.

Pilihan raya tersebut dijangka akan berlangsung pada Jun 2016 tetapi ia juga boleh dijalankan lebih awal.

Pengerusi SPSD bagi Dewan Undangan Negeri Bekenu, Sebastian Janting berkata parti tersebut telah mengadakan mesyuarat di pejabat cawangan Bekenu untuk membuat keputusan mengenai pencalonan Tiong yang dilihat mampu memenangi kerusi DUN Bekenu.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu, merupakan wakil khas Perdana Menteri di Jepun, Korea, dan Taiwan.

Kerusi bagi Dewan Undangan Negeri Bekenu di utara Sarawak disandang oleh Datuk Rosey Yunus yang merupakan Pembantu Menteri Kebajikan, Wanita, dan Pembangunan Keluarga.

Rosey memenangi kerusi DUN Bekenu semasa menjawat jawatan naib presiden SPSD dua penggal lalu tetapi telah meninggalkan parti tersebut bersama empat kakitangan yang lain untuk membentuk Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) berikutan masalah kepimpinan dalam SPSD.

SPSD

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain