suria

MCA P.Pinang Sahut Cabaran DAP, Setuju Debat Terbuka GST

Datin Paduka Chew Mei Fun
BUKIT MERTAJAM: MCA Pulau Pinang telah menyahut cabaran DAP Pulau Pinang untuk mengadakan perbahasan terbuka mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pengerusi MCA Pulau Pinang Datin Paduka Chew Mei Fun memberitahu The Star bahawa parti itu menyahut cabaran tersebut dan akan menghantar seorang wakil untuk membahaskan topik itu dengan Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Phee Boon Poh.

"Wakil kami untuk membahaskan isu GST adalah Setiausaha MCA Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong.

"Dr Tan dan Phee boleh duduk dan berbincang mengenai tarikh dan tempat untuk mengadakan debat terbuka.

"Kami menggesa agar Phee tidak berundur daripada perdebatan atau dia akan digelar sebagai sebagai 'ahli politik bankrap," katanya ketika dihubungi, Sabtu.

Mei Fun berkata, Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng juga mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk mengadakan perbahasan terbuka mengenai hudud.

"Tempoh 24 jam juga diberikan kepada Lim untuk memberi respons terhadap cabaran ini dan jika Lim gagal untuk bertindak balas atau menarik diri daripada perdebatan, beliau juga akan dipanggil 'ahli politik bankrap," kata Mei Fun, sambil menambah perbahasan mestilah diadakan di Permatang Pauh sebelum hari mengundi.

Boon Poh, pada Sabtu mencabar Mei Fun untuk mengadakan perbahasan terbuka mengenai GST di Permatang Pauh.

"Saya kini mencabar Chew untuk perbahasan terbuka mengenai GST. Beliau mempunyai 24 jam dari sekarang untuk bertindak balas. Jika dia gagal untuk bertindak balas selepas 24 jam, saya akan mengatakan dia adalah seorang 'ahli politik bankrap," kata beliau pada sidang akhbar di pusat khidmat DAP di Taman Ciku, Bukit Mertajam .

Artikel Lain