suria

Tindakan Tegas Kepada Peniaga Shisha -MPKB

KOTA BAHARU: Majlis Perbandaran Kota Baharu-BandarRaya Islam (MPKB-BRI) memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual shisha di premis makanan milik mereka. 

Setiausahanya, Rosnazli Amin berkata peniaga boleh digantung lesen perniagaan atau dikenakan kompaun jika didapati bersalah langgar larangan penjualan shisha di negeri ini.

Peniaga menjual tembakau berperisa dan menyediakan peralatan untuk menghisap shisha kepada golongan muda adalah bagi melariskan perniagaan di premis mereka, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata mengikut Undang-Undang Tred Perniagaan, peniaga yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan kompaun RM500 bagi setiap kesalahan.

Shisha adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau pelbagai perisa bagi menggantikan rokok atau cerut dan ia popular dinegara Timur Tengah.

Sebelum ini, Setiausaha Majlis Daerah Ketereh (MDK), Tengku SharifuddinTengku Shah Budin berkata golongan muda berusia seawal 15 tahun dikesan terbabit dalam akiviti menghisap shisha yang disediakan dengan harga serendah RM10 oleh pengusaha premis makanan di daerah itu.

Shisha, MPKB

Artikel Lain