suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Dipukul Dengan Rotan Dibekal Ibu

Gambar hiasan.

JOHOR BAHARU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilapor lebam pada kaki, punggung dan tangan akibat dirotan penggasuhnya dengan rotan yang dibekalkan ibunya.

Kejadian berlaku di sebuah rumah Taman Sri Yacob di sini pada Khamis.

Ibu kanak-kanak itu, Lau Hui Choon, 32, berkata beliau menerima panggilan daripada pengasuh tersebut pada pukul 8 malam memberitahu anaknya asyik menangis.

Beliau berkata beliau lalu pergi ke rumah pengasuh itu dan mendapati anaknya menangis kerana sakit dirotan di kaki, punggung dan tangan.

"Saya yang terkejut membawa anak saya pulang ke rumah dan membuat laporan polis," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun selang beberapa jam kemudian Lau menarik balik laporan itu.

Beliau berkata beliau memang memberikan pengasuh tersebut rotan untuk menakut-nakutkan anaknya sekiranya anaknya nakal.

"Tetapi saya tidak menyangka dia (pengasuh) betul-betul menggunakan rotan itu untuk merotan anak saya," katanya.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt Nor Hashim Mohamad mengesahkan laporan yang dibuat kepada pihaknya telah ditarik balik.

Namun kes masih disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Kanak-Kanak, katanya. 

Rotan Kanak-Kanak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain