Sekolah Perlu Lipat Ganda Usaha Capai SKK - Semasa | mStar

Sekolah Perlu Lipat Ganda Usaha Capai SKK

TAWAU: Semua sekolah khususnya di luar bandar perlu melipatgandakan usaha untuk meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa, sekiranya ingin mencapai status Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK), kata Timbalan Menteri Pendidikan Mary Yap Kain Ching.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif boleh dilakukan oleh pengetua, guru besar dan guru-guru untuk mempertingkatkan pencapaian sekolah masing-masing, termasuk sentiasa menitikberatkan tentang situasi dan perkembangan amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K).

"Aspek 3K itu sangat penting kerana ia dapat memastikan murid dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa. Suasana yang kondusif itu dapat merangsang pengajaran dan pembelajaran, sekali gus dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan sekolah," katanya ketika melawat tapak dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Andrassy, di sini, Sabtu.

Ditanya mengenai pembinaan dewan terbuka SK Andrassy itu, Yap berkata pihaknya telah menerima surat permohonan dan sedang dalam perbincangan dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mengenai peruntukan pembinaan dewan berkenaan.

"Saya berharap dewan itu dapat dibina secepat mungkin untuk manfaat 25 guru dan 183 pelajar di sekolah ini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan sentiasa turun padang melawat semua sekolah, terutamanya sekolah yang memerlukan bantuan.

"Kami akan meninjau apa bantuan yang perlu disalurkan. Kementerian sentiasa mengambil berat mengenai perkara itu supaya setiap guru dan pelajar dapat memberi tumpuan sepenuh masa kepada kecemerlangan pendidikan," katanya.

SKK , Sekolah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain