PetroSaudi Tolak Kritikan Dalam Talian Mengenai 1MDB - Semasa | mStar

PetroSaudi Tolak Kritikan Dalam Talian Mengenai 1MDB

KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak berpangkalan di Arab Saudi, PetroSaudi International (PSI) pada Jumaat menolak kritikan dalam talian yang tidak tepat mengenai syarikat pembangunan strategik Malaysia yang pernah menjalin usaha sama dengannya, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Sebarang kenyataan mengenai salah laku dalam dakwaan dalam talian mengenai perkongsian adalah palsu semata-mata. Semua modal yang dilaburkan oleh 1MDB telah dikembalikan - dengan keuntungan," kata seorang jurucakap PetroSaudi yang tidak dinamakan telah dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Jumaat.

Malah, katanya, usaha sama itu, yang berakhir pada 2012, mendapat manfaat bersama bagi Malaysia dan PetroSaudi, dan maklumat berhubung usaha sama itu  boleh didapati secara umum di dalam akaun 1MDB yang diaudit di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

"Serangan tidak adil atau palsu mengenai pelabur dan rakan kongsi dari Malaysia hanya untuk merosakkan negara," kata kenyataan itu.

Ia berkata PetroSaudi komited untuk menyampaikan projek yang berjaya dalam sektor petroleum di peringkat global, bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi ke tahap standard antarabangsa tadbir urus korporat dan usaha yang wajar.

"Kami tidak akan terhalang dengan cerita-cerita yang tidak tepat atau berniat jahat yang disebar dalam talian.

"Beberapa laporan ini dilihat berdasarkan petikan berpilih dan dokumen serta emel dalaman syarikat yang diputarbelitkan, salinan asalnya yang kami percaya telah didapati secara tidak sah dan dalam beberapa kes telah diubah.

"Kami kini mempertimbang dari segi undang-undang," katanya.

PSI, syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak global yang beroperasi di Latin Amerika, Asia dan Afrika, beribu pejabat di Al-Khobar, Arab Saudi dengan pejabat-pejabat di London, Geneva, Houston, Jakarta, Carupano dan Caracas.
PetroSaudi , 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.