suria

Azmin Harap Rundingan Perjanjian Air Dapat Disambung Minggu Depan

Mohamed Azmin Ali
KUALA LUMPUR: Rundingan mengenai perjanjian penstrukturan air di antara kerajaan negeri Selangor dan Putrajaya yang dihentikan mungkin akan disambung semula minggu hadapan.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar acara Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada Khamis dan telah menyatakan hasrat beliau untuk menemui penyelesaian segera.

Azmin dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebelum ini menyatakan hasrat untuk menyambung semula rundingan mengenai perjanjian air.

"Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa beliau akan bercakap dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengenainya," kata Azmin kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup Pakatan Rakyat di Parlimen pada Khamis.

Katanya, beliau berharap kementerian dan kerajaan negeri Selangor boleh meneruskan perbincangan mengenai isu itu pada minggu hadapan.

Artikel Lain