suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Bersyukur Atas Pembebasan Zakia

Sharifah Erna memangku Mohd Hisyam Izzuddin yang kini berusia setahun.

KOTA KINABALU: Sharifah Erna Berson, isteri anggota pasukan Polis Marin Lans Koperal Zakia Aleip, yang dibebaskan penculik, Sabtu, bersyukur dengan berita pembebasan itu.

Ketika dihubungi Bernama di rumahnya di Tamparuli, Sharifah Erna, 23, berkata, dia dimaklumkan tentang pembebasan suaminya itu oleh polis menerusi telefon.

"Saya hanya dimaklumkan berkenaan pembebasan suami saya dan tidak mengetahui di mana dia berada ketika ini," katanya yang menzahirkan rasa syukur sambil menitiskan air mata dan tidak sabar-sabar menunggu kepulangan suaminya.

Menurutnya, pembebasan suaminya itu pasti menggembirakan anak lelaki mereka, Mohd Hisham Izzudin, yang genap usia setahun pada 5 Mac.

Pada 12 Julai tahun lepas, Zakia, 26, diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna.

Zakia menjadi mangsa culik keempat selepas insiden penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Pulau Baik, Lahad Datu dan di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Kunak.

Artikel Lain