Bersatu Perangi Keganasan Dalam Talian - Semasa | mStar

Bersatu Perangi Keganasan Dalam Talian

Saifuddin Abdullah.
PETALING JAYA: Dianggarkan kira-kira 20,000 jam kandungan web audio-visual yang menyokong keganasan sama ada secara langsung atau tidak langsung di seluruh dunia, dan tindak balas perlu dilakukan secara dalam talian sekiranya mahu membendung aktiviti merekrut anggota untuk menyertai kumpulan militan.

"Malangnya, tindak balas naratif adalah sangat kecil.

"Ia mungkin hanya 10 peratus dari segi perkadaran dan kita perlu bekerja keras," kata Ketua Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau menggesa usaha padu digerakkan negara ini untuk membanteras propaganda militan secara dalam talian yang menjadikan golongan muda Melayu sebagai sasaran.

Saifuddin berkata beberapa organisasi di Eropah menghasilkan video pendek (tindak balas naratif) dengan baik tetapi kurang dilakukan di negara ini terutamanya golongan Melayu.

"Saya menggesa pembuat video dan dokumentari tempatan serta blogger untuk memenuhi ruangan sosial media dengan gambar dan cerita yang boleh membendung aktiviti keganasan," katanya.

Beliau mengambil contoh kempen #NotInMyName terhadap IS oleh golongan muda Islam di Britain menerusi kumpulan Active Change Foundation (ACF) yang berpangkalan di Timur London, memberikan reaksi mereka terhadap insiden penculikan dan pembunuhan pekerja bantuan warga British, David Haines dan Alan Henning pada tahun lalu.

Kempen ACF secara dalam talian bertujuan untuk memberitahu dunia bahawa IS tidak mewakili Islam atau komuniti Islam.

Ia serupa dengan kempen MyJihad di Chicago yang bermula pada 2012 untuk menjelaskan pemahaman yang benar tentang jihad.

Di Malaysia, Pengerusi Jihad for Justice Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berkata kempen yang dianjurkannya bertujuan untuk menjelaskan bahawa jihad bukan bermaksud melakukan keganasan dan pembunuhan.

Saifuddin berkata adalah tidak cukup sekiranya membiarkan usaha memerangi ancaman keganasan sebagai tanggungjawab pihak berkuasa kerana anti-keganasan melibatkan kerjasama pelbagai pihak.

"Orang awam, universiti dan jabatan agama perlu bekerjasama.

"Apa yang diperlukan adalah sesuatu seperti arahan pusat untuk menyelaraskan usaha tersebut," katanya.

Saifuddin berkata kerajaan juga perlu menjelaskan dan mendapatkan sokongan rakyat terhadap cadangan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) kerana rakyat mungkin melihat undang-undang tersebut 'terutamanya aspek penahanan tanpa bicara' dengan syak wasangka.

Katanya, Pota seharusnya digunakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan ianya disalahgunakan.

Saifuddin berkata perkara ini pernah berlaku di Britain semasa kempen ke atas Tentera Republik Ireland dan juga selepas Akta Patriot digubal selepas serangan 11 September di Amerika Syarikat.

Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Sheikh Ahmad Raffie Sheikh Abd Rahman berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan polis untuk menangani ancaman tersebut tetapi enggan mengulas lebih lanjut.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa untuk memantau keadaan anak mereka yang sering terdedah kepada penggunaan Internet.

"Sebahagian daripada program kesedaran kami terhadap penggunaan Internt termasuk `Klik Dengan Bijak'," katanya.

Pota , Saifuddin Abdullah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adi Putra Kecewa 'Dianaktirikan'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain