suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Berkafan Kain Cadar Di Tepi Jalan

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui berbalut seperti dikafan di tepi kaki lima di Bukit Minyak di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata mayat lelaki dipercayai berusia lingkungan 30-an itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 7.45 pagi Khamis.

"Mayat tanpa pakaian itu dibalut dengan cadar bercorak jalur warna oren dan kuning dengan berikat di bahagian kaki, badan dan atas kepala seperti dikafan," katanya ketika dihubungi.

Tiada dokumen pengenalan ditemui.

Rusli berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Mayat, Kafan, Bukit Minyak

Artikel Lain