suria

Warga Emas Maut Ketika Selamat Harta Benda Dari Rumah Terbakar

SERDANG: Seorang warga emas berusia dalam lingkungan 80 tahun mati terbakar selepas cuba menyelamatkan barang-barang dari rumahnya di Jalan SK 7/10, Taman Bukit Serdang di sini.

Difahamkan mangsa, yang dikenali sebagai Ten Yoon, dan ahli keluarganya sedang tidur di rumah apabila kebakaran berlaku kira-kira  pukul 5.30 pagi Selasa.

Anak lelakinya yang berusia 50 tahun, Ten Kim Lai berkata dia terjaga dari tidur setelah terbau asap dan mula memindahkan ibu bapa dan teman wanitanya keluar dari rumah.

"Kami telah selamat dipindahkan apabila bapa saya bergegas masuk kembali ke dalam rumah untuk menyelamatkan beberapa harta benda.

"Ketika berada di dalam rumah, bumbung runtuh dan dia tidak  dapat keluar dari rumah yang sedang terbakar," keluhnya.

Jiran-jiran memberitahu bahawa seluruh ahli keluarga menangis dan meraung selepas Ten Yoon terperangkap di dalam rumahnya.

Difahamkan Ten Yoon hangus separuh badan selepas dia telah dikeluarkan oleh ahli bomba yang tiba kira-kira pukul 5.45 pagi.

Seorang jiran, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata dia melihat api dari salah sebuah penghawa dingin di rumah berkenaan.

Punca dan anggaran kerugian kebakaran masih disiasat.

Exco Selangor Ean Yong Hian Wah berkata, ini adalah kejadian kebakaran yang ketiga berlaku di kawasan itu dalam tempoh 24 jam.

Menurut beliau, dua bangunan kilang di Bukit Serdang terbakar kira-kira pukul 10 pagi Isnin.

Satu lagi kebakaran berlaku di tingkat dua asrama pekerja di Jalan Besar, Seri Kembangan, kira-kira pukul 6 petang hari yang sama, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain