Ibu Dan Anak Ditembak Di Lampu Isyarat - Semasa | mStar

Ibu Dan Anak Ditembak Di Lampu Isyarat

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki dan ibunya cedera akibat ditembak ketika kereta mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Song Ban Keng di sini tengah hari Selasa.

Dalam kejadian pukul 12.40 tengah hari itu, pemuda tersebut yang berumur 21 tahun baru selesai menghadiri perbicaraan satu kes dadah di Mahkamah Bukit Mertajam bersama ibunya dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan Kesah berkata suspek dilapor terdiri daripada empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal yang berhenti di kiri dan kanan kereta itu sebelum melepaskan tembakan.

"Tembakan jarak dekat itu mengenai leher dan lengan wanita berumur 43 tahun berkenaan manakala anaknya cedera di dada sebelah kiri.

"Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati 10 das tembakan mengenai kereta  Subaru Impreza mangsa," katanya di tempat kejadian.

Mazlan berkata pihak polis percaya kejadian bermotifkan dendam.

Siasatan awal mendapati pemuda tersebut pernah terlibat dalam kegiatan kongsi gelap dan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah kekerasan, katanya.

Beliau berkata polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di  kawasan sekitar kejadian dan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya agar tampil membantu siasatan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan dan keadaan mereka dilapor stabil, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain