suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mercedes-Benz Tarik Balik Kenderaan E-Class Dan CLS-Class Untuk Pembaikan

Roland Folger
KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia menarik balik kenderaan E-Class dan CLS-Class tertentu selepas unit pemantau produknya Daimler AG menemukan masalah pada pelekat getah di bahagian enjin model terbabit.

"Masalah hanya membabitkan sekumpulan terhad E-Class (Siri Model 212) dan CLS-Class (Siri Model 218).

"Pengedar sah kami akan memaklumkan kepada pelanggan yang berkenaan bermula pertengahan Mac ini. Kerja-kerja pembaikan dijangka hanya mengambil masa kurang satu jam," kata syarikat itu dalam kenyataan, Selasa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Roland Folger berkata Mercedes-Benz Malaysia mematuhi standard keselamatan paling tinggi dan akan menangani semua kenderaan yang terjejas pada kadar segera.

Untuk maklumat lanjut, pemilik boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Mercedes-Benz Malaysia menerusi talian 1-800-88-1133, Isnin hingga Jumaat.

Artikel Lain

BN menang besar PRN Johor